Selangor dan Perak selepas tiga tahun, juga input untuk dua PRK akan datang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

 

Selepas tiga tahun, sejak pilihanraya negeri 2013, boleh dilihat yang prestasi negeri Selangor jauh lebih baik daripada negeri Perak. Hakikat ini lebih drastik bila dilihat yang Selangor mengalami perubahan mentri besar yang penuh dengan berita negatif dan kestabilan politik negeri terumbang-ambing dengan perpecahan diantara DAP, PAS, PKR dan parti baru Amanah.

Barisan Nasional Perak menjanjikan 82 perkara sementara Pakatan Rakyat Selangor menjanjikan 54 perkara dalam manifesto masing-masing sewaktu memenangi pilihanraya negeri 2013.

Walaubagaimana pun, apabila janji-janji Perak diperiksa secara secara teliti boleh dilihat yang banyak janji-janji negeri mudah dicapai dan bukan janji-janji dalam erti kata sebenar, khususnya apabila dibandingkan dengan Selangor. Perak nampaknya cuba menang senang melalui menentukan undang-undang permainan berpihak kepada mereka.

Contohnya, Perak menjanjikan air percuma (20 cubic meter) sebulan tetapi hanya untuk mereka yang termasuk dalam golongan miskin. Manakala Selangor, sejak 2008 (bukan sebahagian manifesto 2013) memberi air percuma (20 cubic meter) kepada semua penduduk tanpa syarat.

Ramai yang ada perbedaan pendapat berhubung pemberian air percuma di Selangor tetapi dari segi pemantauan janji mudah untuk menyoal Selangor dalam perlaksanaan polisi ini berbanding dengan Perak yang dapat membidas mana-mana kritikan dengan jawapan yang hanya yang miskin menerima.

Skor untuk setiap item adalah berdasarkan wajaran 50% untuk kerajaan negeri, 20% untuk pembangkang negeri dan 30% untuk tiga pihak yang berkepentingan dengan janji tersebut.

Tetapi sekiranya pihak dapat sahkan yang janji itu telah dijayakan maka janji tersebut mendapat 100% tanpa memerlukan feedback negeri, pembangkang mahupun pihak berkepentingan. (Contohnya, perlaksanaan program pembayaran RM500 kepada setiap pasangan kahwin baru)

Nota: Kerajaan Perak masih enggan memberi kerjasama selama tiga tahun berturut-turut, dan semua ahli pembangkang di Selangor termasuk calong PRK Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, yang juga ADUN Sungai Panjang menolak peluang untuk mengambil bahagian.

Oleh kerana Perak banyak menerima skor 100% apabila pihak KUASA dapat confirm kejayaan janji, Perak mendapat secara keseluruhan 61% berbanding dengan Selangor yang masih di depan dengan 72%.

Pihak KUASA merasakan yang melihat skor ini sahaja hanya mengguris permukaan penilaian, dan KUASA menyenaraikan semula janji-janji blue ribbon ataupun janji-janji utama (yang ditentukan sekiranya janji itu mempunyai tahap sesukaran untuk mencapai dan boleh diukur secara objektif) untuk kedua-dua negeri. Didapati yang ada 21 janji blue ribbon di Perak dan 22 di Selangor. Bila mengira janji-janji ini sahaja didapati yang markah purata Perak jauh rendah pada 31% dan Selangor masih tinggi dengan 73%. Ini bermaksud, bila dikira janji-janji yang impak kepada masyarakat tinggi, Selangor menunjukkan prestasi jauh lebih memberangsangkan.

 

Selangor

Skor Blue Ribbon Selangor

Bahagian

Janji

Purata pencapaian dalam %

Dasar

Melaksanakan dasar menurunkan kuasa secara berperingkat menerusi pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

39

Pembangunan

Meluluskan pembinaan Kompleks Islam Bersepadu meliputi sebuah masjid, pusat pendidikan dan pusat komuniti (bagi permohonan masjid baharu).

20

Pembangunan

Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam, ibu negeri Selangor.

39

Pembangunan

Memastikan perlaksanaan pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang yang bernilai RM300 juta

100

Pendidikan

Menambah elaun bagi memastikan warga kerja sekolah agama mendapat gaji minimum RM1,500 sebulan di samping memperbanyakkan aktiviti pengajaran yang setimpal dengan gaji.

100

Pendidikan

Menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM2 juta setahun kepada sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan.

100

Keusahawanan & Inovasi

Memperuntukkan RM50 juta untuk Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor dengan tujuan menyediakan prasarana baik bagi meningkatkan mutu kehidupan wanita dari segi kewangan, taraf hidup serta keselamatan.

74

Keusahawanan & Inovasi

Menubuhkan Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam pendidikan dan latihan keusahawanan.

52

Kemudahan

Membina 3 Pusat Kebudayaan di tebing Sungai Klang bagi komuniti Melayu, India dan Cina di Klang dengan dibiayai kerajaan negeri dan swasta.

14

Kemudahan

Menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk perkhidmatan bas, di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang.

100

Kemudahan

Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun

59

Kemudahan

Memastikan supaya semua kemudahan awam dan tempat ibadat adalah mesra pengguna bagi orang kelainan upaya.

53

Kesihatan

Menubuhkan Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta bagi bangunan dan subsidi rawatan.

71

Kesihatan

Meneruskan pemeriksaan mammogram percuma yang disediakan sebelum ini.

100

Kesihatan

Pemeriksaan percuma kanser payu dara dan rahim bagi wanita.

80

Kesihatan

Memberi pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat untuk kaum lelaki.

45

Perumahan & Keselamatan

Mewujudkan Skim Perumahan Rakyat bagi pembeli yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan dengan cadangan peruntukan berjumlah RM250 juta atau RM50 juta setahun.

90

Perumahan & Keselamatan

Membina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit.

79

Perumahan & Keselamatan

Memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri yang bertujuan merangka dasar perumahan secara menyeluruh khususnya bagi menyediakan rumah mampu milik yang bermutu serta menguruskan projek-projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk membeli.

100

Technology & Environmental

Memperketat undang-undang berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit.

81

Kebajikan

Bantuan wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.

100

Kebajikan

Meneruskan program Skim Mesra Usia Emas

100

Purata Blue Ribbon

73

 

Pemerhatian umum untuk Selangor:

Tiga janji tergantung; pusat 3 budaya, masjid berintegrasi dan terminal transpot, dan kerajaan negeri harus memberi penerangan sekiranya janji-janji ini akan dilepaskan.

Sangat membanggakan yang Selangor menyebar luas inisiatif asal untuk bas percuma di lima Bandar ke seluruh pelusuk negeri, termasuk tempat-tempat seperti Banting-Kota Warisan.

Jambatan Ketiga Kelang hampir selesai dibina dan akan beroperasi hujung tahun nanti.

Pemeriksaan kaum wanita untuk kanser payu dara berterusan namun apa yang seterusnya dijanjikan pemeriksaan percuma untuk kanser rahim, buah zakar dan prostat belum dijayakan. Program-program ini perlu memandangkan ramai penduduk Selangor menghadapi masalah kesihatan.

Projek rumah mampu milik berterusan dengan unsur-unsur penting seperti direktori semua projek semasa, kemudahan mendaftar online, tracking proses bersama dengan pelaburan RM100 juta daripada kerajaan negeri kepada lembaga perumahan. Ini membolehkan program maju walaupun harga rumah lebih sedikit daripada harga janji, namum saiz unit tidak di kompromikan.

Perak

Skor Blue Ribbon Perak

Bahagian

Janji

Percentage of achievement

Dasar Awam

Peruntukan tambahan Kerajaan Negeri RM 3 Juta membiayai aktiviti-aktiviti masyarakat Orang Asli.

100

Dasar Awam

Meningkatkan penyertaan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam negeri bagi memastikan keseimbangan dalam sistem penyampaian kerajaan.

22

Ekonomi

Membangunkan hub-hub perniagaan industri teknologi tinggi di kawasan segi tiga pertumbuhan tengah Perak antara Lebuhraya Utara-Selatan-Lebuhraya Pantai Barat-Lebuh Raya Ipoh Lumut.

22

Ekonomi

Meningkatkan usaha bagi menarik pelaburan luar dan dalam negara menceburi bidang-bidang industri baru di negeri Perak.

30

Ekonomi

Kawasan bebas cukai Pangkor.

10

Ekonomi

Membangunkan industri IKS hiliran dan huluan dengan kerjasama syarikat pelaburan nilai tinggi di negeri Perak di bawah konsep Pembangunan IKS Korporat (CSMED).

28

Ekonomi

Membangun semula pekan-pekan kecil sebagai pusat ekonomi setempat.

28

Ekonomi

Zon Ekonomi Khas yang meliputi Kamunting, Kampar, Pantai Remis, Teluk Intan-Bagan Datok, Lekir-Pasir Panjang.

28

Ekonomi

Mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan.

26

Perhutanan & Alam Sekitar

Sistem pengurusan pelupusan sisa secara sistematik, bersepadu dan mesra alam.

28

Perhutanan & Alam Sekitar

Menawarkan insentif kepada industri dan peniagaan yang menjalankan program pemuliharaan alam sekitar.

4

Perhutanan & Alam Sekitar

Pemuliharaan dan pewartaan kawasan-kawasan hutan.

16

Kemudahan

Menaik taraf perkhidmatan Bas Rakyat di setiap daerah

40

Kemudahan

Meningkatkan kecekapan Majlis Perbandaran/Majlis Daerah terutama dalam: • pengurusan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput, penurapan jalan rosak • penyelenggaraan lampu jalan

51

Keselamatan

Mewujudkan Pusat Panggilan dan Tindakan setempat untuk menangani isu-isu keselamatan.

58

Pendidikan

Program kecemerlangan murid (tuisyen online & pemetaan minda).

54

Pertanian & Industri

Bandar Otomotif Tanjung Malim.

26

Perumahan

Ke arah setinggan sifar, sebanyak 20 000 unit perumahan rakyat akan di bina.

28

Perumahan

7 000 lot tapak rumah untuk bekas perajurit dan polis.

17

Perumahan

Membina semula dan menaik taraf rumah-rumah pangsa yang uzur di bandar-bandar utama.

18

Teknologi

Menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan tenaga diperbaharui

14

Purata Blue Ribbon

31

 

Pemerhatian umum untuk Perak:

Saiz bajet Perak lebih kecil daripada Selangor, tetapi kerajaan Perak berkongsi kuasa dengan kerajaan persekutuan dan harus berada dalam satu situasi untuk menggunakan segala saluran Putrajaya untuk mencapai objektif.

Walaubagaimana pun, Perak agak tenggelam khususnya pada janji-janji ekonomi. Hab teknologi tinggi, bantuan SME dan pembangunan lima zon ekonomi masih tidak ada berita yang memberangsangkan. Nampaknya kerajaan negeri hanya mengulangi yang pembangunan akan dikecapi di masa akan datang.

Dua PRK

KUALA KANGSAR: Calon BN Mastura Mohd Yazid menyatakan ada lima janji pilihanraya:

  • Menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah kepada university umum
  • Mencepatkan kelulusan untuk Jambatan Manong
  • Memohon untuk melebarkan Jalan Manong-Kuala Kangsar
  • Menaik taraf Kuala Kangsar Hospital kepada hospital pakar
  • Membangun Sungai Perak sebagai hub pelancongan

Penting untuk dinyatakan yang empat janji terakhir adalah umum dan nampak seakan satu pencaturan untuk label balik apa yang sudah bakal sampai di Kuala Kangsar.

KUASA ingin mengingatkan yang calon BN hanya mengulang balik salah satu daripada janji-janji Perak pada 2013, iaitu untuk mengubah status Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.

Ini menimbulkan beberapa soalan. KUASA cuba mendapat penerangan daripada kerajaan negeri dan pentadbir kolej university tersebut untuk tiga tahun kebelakangan ini tanpa jawapan balas berhubung status university. Adakah ini bermaksud yang Mastura boleh mengulang apa yang sudah dijanji lama dan menjadikannya janji baru calon Kuala Kangsar? Lagi menarik dalam masa 48 selepas Mastura mengeluarkan manifesto, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan keputusan serta-merta untuk meningkatkan taraf kolej university kepada university awam.

Perkembangan ini adalah kejayaan Mastura ataupun kejayaan kerajaan negeri Perak ataupun dua-dua pihak boleh berkongsi kredit untuk langkah ini?

Kedua, KUASA rasa lega yang RM49 juta diperuntukkan untuk program mengurangkan kebanjiran di Kuala Kangsar —Rm12 juta untuk Siput Chandan Flood Mitigation Plan (RTB), RM30 juta untuk Kuala Kangsar Municipal Irrigation System (RM30 million) dan RM7.5 million untuk baikpulih tebing Sungai Perak.

Pada 2014 dan awal 2015 Kuala Kangsar banjir teruk dan sebahagian bandarnya dilimpah air untuk beberapa minggu, dengan itu ini adalah satu “goodies” yang sangat diperlukan oleh masyarakat tempatan.

Hadiah ini dan beberapa lagi janji langsung untuk kerusi parlimen ini akan memastikan calon BN akan menumpaskan kedua-dua lawan daripada PAS dan Amanah.

SUNGAI BESAR: Walaupun ramai risau tentang pertempuranse sengit diantara PAS dan Amanah, harus dingatkan yang sentimen “Bukan BN” agak tinggi di Selangor, dan trackrecord positif lapan tahun Pakatan tidak akan melesap dengan cepat.

 

Separuh Sungai Besar adalah Sekinchan, dimana ADUNnya Ng Suee Lim telah meningkatkan tahap sokongan selepas kemenangan pertamanya pada 2008 dan ini dibuktikan dengan majority tipis 2008 diganti dengan majority selesa pada 2013. Pembangunan pesat dan bandarnya sibuk, bermaksud kawasannya tidak terbiar sama seperti di separuh kedua Sungai Besar di kawasan Sungai Panjang yang diwakili oleh calon Budiman.

Tarikan hadiah daripada kerajaan persekutuan mungkin ada efek yang kurang berbanding dengan banyak lagi kawasan di Malaysia yang menghadapi kepincangan ekonomi.

Kalau pertembungan satu lawan satu pasti calon Umno mungkin kalah muda. Kalaupun calon BN menang, KUASA merasakan yang jumlah undinya mungkin serendah 45% kebawah. Kedua-dua calon bukan BN akan mengutip undian tinggi walaupun kalah.

Ini adalah disebabkan prestasi pentadbiran bukan BN selama lapan tahun yang akan memberi impak yang lebih besar daripada apa yang dijangka oleh ramai penganalis politik.

 

Praba Ganesan

Ketua Eksekutif

KUASA

 

 

 

Release Date: 
Selasa, Jun 14, 2016