LAPORAN 1- TAHUN KUASA : KERAJAAN NEGERI KURANG PRIHATIN BERHUBUNG BEBERAPA JANJI-JANJI PILIHANRAYA, IMPLEMENTASI JANGKA-PANJANG TIDAK DIRANGKA

Sepanjang tempoh empat bulan, KUASA telah mengenalpasti janji-janji  pilihan raya negeri Selangor dan Perak, dan mengesahkan mereka dengan kerjasama kedua-dua kerajaan negeri. Sejak Mac 31 2014, KUASA mula mendapatkan maklumbalas daripada kerajaan, pembangkang dan “stakeholder” yang berkaitan di setiap negeri bagi menghasilkan kad laporan tahunan.

Ini adalah projek perintis yang belum pernah dilaksanakan di Malaysia. Keputusan-keputusan yang tercatat di dalam dua kad laporan ini boleh membantu kerajaan negeri, membentuk perbincangan dalam Dewan Undangan Negeri, memberi pihak-pihak berkepentingan peluang untuk memberi tindak-balas kepada kerajaan negeri serta mendorong orang ramai  cara untuk menilai prestasi pentadbiran negeri mereka.

KUASA sebagai badan NGO tidak menentukan markah bagi mana-mana janji . Ia hanya agregat markah daripada kerajaan (50 %), pembangkang (20% ) dan mana-mana tiga pihak yang berkepentingan/ stakeholders (30 % atau 10% untuk setiap pihak berkepentingan ).  Oleh kerana kerajaan negeri Perak dan pembangkang Selangor masih belum mengemukakan penilaian mereka , pihak KUASA terpaksa selaraskan semula markah tanpa mengubah kadar nisbah.

KUASA telah dapat merumuskan beberapa perkara sewaktu mengendalikan projek ini, seperti yang disenaraikan dibawah:

  • Kerajaan negeri Perak belum lagi menghantar penilaian. Ini tidak mencerminkan pentadbiran yang telus. Janji-janji ini adalah daripada negeri dan bukan dari KUASA, maka ia wajar dijawab.
  • KUASA telah menghubungi pejabat Menteri Besar , pejabat setiausaha politiknya dan ketua bahagian penyelidikan negeri. Kerajaan negeri menjamin yang maklummalas dari mereka akan diberi pada 5 Mei 2014, tetapi ini tarikh itu berlalu tanpa kerjasama dari Perak. Oleh kerana KUASA menunggu untuk maklum balas dari Perak, tarikh untuk mengeluarkan laporan ini kepada masyarakat umum dan media ditangguhkan sehingga hari ini (dua hari lepas hari ulangtahun pertama PRU13).
  • Selangor memberi penilaian tinggi untuk prestasi pentadbirannya menjayakan semua janji-janjinya. Terlihat yang ada perbezaan ketara diantara penilaian oleh kerajaan dan beberapa stakeholders. Walau demikian, KUASA berterima kasih yang kerajaaan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi kerjasama. Mungkin sekiranya pembangkang negeri Selangor mengambil bahagian, keputusan terakhir lebih seimbang daripada rumusan yang ada sekarang.
  • Beberapa stakeholder terkenal tidak mengambil bahagian, satu perkembangan yang kurang sihat memandangkan mereka banyak terlibar dengan janji-janji yang disenaraikan.
  • Sebagai contoh Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam ( CASSA ) tidak memberi maklum balas berkenaan isu-isu masyarakat seperti pengangkutan awam, Women Aid Organisation (WAO) enggan memberi maklumbalas untuk isu-isu wanita, WWF tidak mahu memberi komen mengenai isu-isu alam sekitar dan Perkasa enggan menjawab mengenai hal-ehwal tanah rizab Melayu di Selangor.
  • Sesetengah pihak seperti Dr Colin Nicholas dari Pusat Pusat Asli Orang , Anthony Thanasayan PET Positif, Eco- Knights dan Perak Persatuan Pengguna telah memberikan sokongan padu membantu menjayakan projek ini.
  • Selangor mencapai 75% dan keatas untuk 22 daripada 54 janji-janjinya, melihatkan petadbiran Tan Sri Khalid cemerlang untuk hampir separuh dari janji-janjinya.
  • Pencapaian Selangor paling lemah dalam kategori pembangunan, di mana pentadbir sendiri akur yang perlu membaikkan tahap prestasi bila melihat markah yang diberi oleh Selangor.
  • Skor Perak secara umum rendah, tetapi jika kerajaan negeri mengambil bahagian, pasti pengiraan akan meningkat secara drastik sebab markahnya boleh mengimbangi pandangan kritikal pembangkang negeri.

 

Kaji selidik ini adalah bermakna kerana ;

  • Kerajaan negeri akan sedar apa pandangan stakeholder terhadap pentadbiran negeri dari segi mencapai janji-janjinya, dan kerajaan boleh menghubungi terus stakeholder-stakeholder tersebut.
  • Kerajaan negeri boleh menggunakan data untuk merancang implementasi janji-janji mereka dari sekarang sehingga tamat pentadbiran mereka, paling lama empat tahun dari sekarang.
  • Pihak berkepentingan , terutama mereka yang tidak mengambil bahagian, maka boleh menyalurkan daya tenaga kepada janji-janji yang sesuai dari segi berkaitan dengan mereka dan belum disempurnakan atau mula disempurnakan. Semua stakeholders yang sudah dan belum memberi info dijemput memberi “feedback” kepada KUASA untuk penilaian seterusnya.

 

Tanda soalan untuk janji-janji

Selangor menjanjikan bas percuma di lima Bandar, dan walaupun kerajaan negeri memberi markah tinggi untuk prestasinya memenuhi janji ini, tiada bukti kukuh yang program ini sedang atau akan dijayakan.

Perak manakala menyatakan kerajaan negeri mahu menjadikan Pulau Pangkor satu zon bebas cukai. Kerajaan pusat sudah menolak usul ini tahun lepas. Menteri Besar Perak Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir mengatakan yang pentadbirannya akan memohon semula sebelas bulan dahulu, sehingga kini tiada laporan berkenaannya boleh dijumpai.

Selangor memberi skor 10 bagi rancangannya mengubah kawasan tebing sungai kepada taman-taman rekreasi untuk masyarakat umum, tetapi kumpulan alam sekitar Eco-Knights memberi hanya markah 3/10. Bermaksud samada kumpulan alam sekitar ini tidak tahu mengenai perkembangan taman-taman rekreasi atau kerajaan negeri telah menyediakan atau dalam perjalanan menyediakan taman-taman ini tetapi kurang memberi maklumat kepada masyarakat umum.

 

Maklumat Lanjut di http://www.mykuasa.org

Ikuti di Facebook (mykuasa) dan Twitter (@mykuasa)

 

Release Date: 
Rabu, Mei 7, 2014