Penilaian Tahap Responsif Wakil Rakyat

Projek ini menilai tahap responsif wakil rakyat terhadap komunikasi yang merangkumi e-mail, Facebook dan Twitter, untuk dua negeri iaitu Selangor dan Perak.

Semua informasi telah dikumpul bermula daripada 22 Mac 2014 sehingga 30 Mac 2014. Projek ini boleh dianggap menggunakan satu situasi di mana seorang rakyat biasa mahu menghubungi wakil rakyat mereka di atas talian dalam keadaan yang memerlukan.

Kajian ini mendapat lebih impak kerana generasi X dan Y adalah lebih cenderung untuk berkomunikasi melalui atas talian. Secara objektif, a) Hampir kesemua wakil rakyat telah mempamerkan diri mereka untuk dihubungi secara elektronik (e-mail, akaun FB dan akaun Twitter), maka mereka harus bertanggungjawab terhadap itu; b)Hampir kesemua pengundi berhubung melalui media elektronik. Maka, sikap seorang wakil rakyat terhadap komunikasi elektronik melambangkan keinginan mereka untuk berkhidmat kepada komuniti mereka.

Segala maklumat telah dikenalpasti melalui carian atas talian. Bagi sesetengah kes, kami telah menggunakan cara tradisional (telefon, faks dan SMS) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Mesej-mesej juga telah dihantar beberapa kali untuk memastikan ia sampai ke dalam peti masuk e-mail, FB, atau Twitter. Ini kerana kekhuatiran mesej ditenggelamkan dalam timbunan mesej-mesej lain dan insiden-insiden lain seperti spam.Projek ini juga menggunakan cara tradisional untuk mendapatkan respon daripada wakil rakyat yang tidak memberi respon melalui e-mail.

 

Secara ringkasnya :

Informasi ini akan membantu pengundi untuk ;

  • Mendapatkan maklumat dan cara untuk menghubungi wakil rakyat yang telah disahkan, dicuba dan diakui
  • Mengurangkan pembaziran masa bagi pengundi untuk menghubungi wakil rakyat mereka
  • Menyemak semula maklumat yang mereka ada mengenai wakil rakyat mereka

Informasi ini akan membantu wakil rakyat untuk ;

  • Mempunyai pihak ketiga untuk menilai tahap keberkesanan komunikasi mereka
  • Mendapat maklumbalas yang berguna untuk penambahbaikan
  • Merasionalkan strategi komunikasi mereka untuk kehadapan

Konklusinya, komunikasi di antara pengundi dan wakil rakyat haruslah menepati kehendak kedua-dua belah pihak.

 

Evaluasi

Projek ini tidak dijalankan untuk menjatuhkan mana mana wakil rakyat tetapi sebagai cara untuk meperkasakan sistem demokrai negara, dengan fokus kepada negeri Selangor dan Perak secara khususnya.

Warna lampu traffic digunakan seperti berikut

Hijau Tiada Masalah
Jingga Terdapat sedikit halangan atau masalah
Merah Tidak berfungsi/ Tiada maklumbalas

 

Tujuan KUASA dengan projek ini bukanlah untuk meletakkan tanda ukur yang mustahil atau menghukum wakil rakyat yang mengalami masalah. KUASA inigin menghargai dan memperakui jasa ADUN negeri Selangor dan Perak.

Wakil rakyat didalam Kawasan “Merah” apabila saluran komunikasi tidak berfungsi ataupun wakil rakyat tidak mengunakan saluran komunikasi tersebut-Ramai yang tidak mengunakan Twitter, ada yang hanya bergantung kepada Facebook dan bukan emel sebagai contoh.

Kesemua ini adalah tertakluk kepada cita rasa wakil-wakil rakyat sendiri, projek ini memberikan peluang kepada rakyat untuk mengenalpasti saluran komunikasi yang boleh diguna.