Pemantauan Wakil Rakyat

Mengenai Site Ini

 

Pilihan raya Malaysia yang ketiga belas berakhir pada 5hb Mei 2013, Barisan Nasional (BN) sekali lagi mengecapi kemenangan untuk kali yang ketiga belas namun dengan peratusan undian yang terkecil buat kali pertama serta kehilangan undian popular. Kesinambungan daripada keputusan ini melihat rakyat Malaysia kini menuntut lebih daripada wakil rakyat mereka. Berdepan dengan janji-janji manifesto yang diberi, kelemahan media masa dan pegerakan awam masyarakat yang masih muda, terdapat kurangnya mekanisma untuk mengukur prestasi dan seterusnya akauntabiliti wakil rakyat.

 

Dalam tempoh 10 bulan, KUASA bermula daripada 1hb December 2013 akan memantau dan mencatat prestasi dua kerajaan negeri, Selangor (dipimpin oleh Pakatan Rakyat) dan Perak (dipimpin oleh Barisan Nasional) berkaitan dengan kemampuan untuk berpegang kepada janji- janji manifesto dan juga perkhidmatan kepada rakyat.

 

Tujuan ini untuk mewujudkan polisi dan juga ruang diskusi untuk politik dan juga ahli politik. Pendekatan ini adalah untuk mengukur prestasi wakil-wakil rakyat terhadap janji-janji manifesto yang dibuat semasa pilihan raya umum. KUASA akan mengumpul dan menganalisa serta memperbandingkan kepada tindakbalas selepas pilihan raya umum selain daripada menguji kebolehan ahli wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.

 

Data ini akan dikongsi secara online melalui website dan juga saluran media sosial. KUASA secara beransuran akan membuka kepada lebih banyak penglibatan komuniti  untuk bergerak kearah penglibatan komuniti yang lebih lestari di masa depan.