Mengenai KUASA

“Never doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world. Indeed, it is the only thing that ever has.”

Margaret Mead

 

KUASA ialah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berfokus pada perkembangan organisasi ahli politik, aktivis politik serta kumpulan mereka melalui proses hubungan menggunakan media sosial dan mesej secara berstrategi.

 

CABARAN DAN CARA

Pilihanraya 2013 telah menimbulkan fakta yang sering dilupakan oleh para ahli politik, iaitu rakyat Malaysia ingin terlibat dalam proses demokrasi dan tidak mahu untuk terus menurut setiap perancangan mengenai cara Negara ditadbir.

Walaupun setiap parti politik mempunyai sokongan tegar daripada penyokong masing-masing, tetapi tiada satu pun parti politik yang mempunyai sokongan mutlak rakyat.

Rakyat ingin memberi lebih daripada sekadar sebuah undi dalam menentukan nasib Negara. Rakyat ingin terlibat dengan lebih langsung dalam pemerintahan. Sejarah yang menekan rakyat daripada bersuara harus diubah agar suara rakyat lebih didengari dan dihargai dalam sistem pemerintahan Negara.

Media sosial telah mengubah cara hidup rakyat Malaysia. Parti politik, ahli politik serta badan bukan kerajaan boleh menggunakan ruang yang diwujudkan oleh media baru untuk memantau dan menjana kuasa pergerakan akar umbi dan meningkatkan komunikasi secara berstrategi dengan mereka.

KUASA berhasrat untuk mengubah susasana politik Negara dengan meningkatkan komunikasi berkualiti berdasarkan komunikasi dinamik dengan akar umbi/ wakil rakyat.

 

OBJEKTIF KUASA

Untuk memperkasakan mana-mana kumpulan, parti, individu ataupun ahli politik yang ingin menjadi agen perubahan. Ia boleh dilaksanakan melalui penyampaian mesej, hubungan awam dan penggunaan efektif media sosial.

KUASA percaya kebanyakan kumpulan, parti, individu mahupun ahli politik hanya bergantung kepada usaha-usaha yang sedia ada untuk mendapatkan sokongan. Namun, mereka perlu menjana usaha yang lebih aktif untuk memantapkannya.

Media sosial akan adalah kunci asas bagi KUASA untuk menjadi pemangkin pengaktikfan usaha mereka untuk mendapatkan sokongan. Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan media sosial, namun hanya segelintir daripada mereka dapat memaksimakan penggunaanya bagi mencapai sesuatu matlamat.

Dengan membantu kumpulan-kumpulan tersebut, KUASA dapat memperluaskan tapak bagi mereka yang ingin membawa perubahan supaya masa hadapan akan menjadi lebih cerah dan lebih ramai akan merasai perubahan.

 

Apa itu KUASA?

KUASA ialah sebuah badan demokrasi yang melibatkan diri dalam politik dan bertujuan untuk memudahkan, menggalakkan dan memaknakan pembuatan sesuatu polisi.

KUASA bukan singkatan, KUASA hanya KUASA.