Fakta mudah berkenaan projek memantau janji-janji pilihan raya

  • Laporan pertama keluar pada 7 Mei, 2014. Bagi masa ini terhad kepada Perak dan Selangor, KUASA harapkan akan meluaskan projek ke negeri-negeri lain.
  • Semua kumpulan (negeri, pembangkang dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) diminta memberi maklum balas untuk tempoh May 6, 2013 sehingga March 31, 2014.
  • Laporan mempunyai tiga bahagian: kerajaan negeri, pembangkang negeri, dan stakeholders (tiga untuk setiap janji) [Semua responden boleh memberi skor antara 0 (lemah) sehingga 10 (Cemerlang) untuk setiap janji]

Skor keseluruhan berdasarkan jumlah dari semua janji-janji. Bagi memudahkan proses memahami info janji-janji telah dibahagikan kepada beberapa kategori. Yang di bawah adalah contoh pembahagian untuk negeri Perak;

  • Laporan seperti diterbitkan adalah untuk masyarakat umum dan untuk menjayakan ketelusannya memerlukan penglibatan ahli-ahli masyarakat..
  • Laporan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris di laman web www.mykuasa.org. Semua dokumen menyokong survey dan huraian boleh dibaca di laman web. Pihak ketiga boleh menerbitkan semua laporan dan data tertentu atau SHARE info di Facebook, Twitter, laman-laman web lain mahupun mana-mana saluran social media yang lain, asalkan data tidak dimanipulasikan dan peranan KUASA dalam menyediakan data dikreditkan.
  • KUASA sudah mulakan usaha untuk mengembangkan projek ke negeri-negeri lain dan juga mengkaji lebih mendalam janji-janji Selangor dan Perak yang sedia ada. Bantu kami
  • Sesiapa boleh menjadi volunteer di dan bersama KUASA bagi mempromosi, menambahkan perbincangan, memantapkan interaksi dengan masyarakat berhubung projek dan meningkatkan pemahaman masyarakat umum dengan usaha-usaha KUASA. Sila emel team@mykuasa.org sekiranya anda mahu menyertai projek ini.