Pemeriksaan Percuma Kanser Kaum Lelaki

Penilaian Keseluruhan Janji: 36 %
Gambar: Pemeriksaan Percuma Kanser Kaum Lelaki
Kategori: Kesihatan
Janji Penuh: Memberi pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat untuk kaum lelaki
EXCO: Dr. Daroyah Alwi
Kesihatan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga
Penilaian Diri Kerajaan Negeri:
25 %
5 / 10 menyumbang kepada 50 % daripada jumlah markah

Dijawab oleh pentadbiran YAB. Dato' Menteri Besar Selangor


Penilaian Pembangkang Negeri:
8 %
4 / 10 menyumbang kepada 20 % daripada jumlah markah

Dijawab oleh Adun Sungai Air Tawar, YB Tuan Kamarol Zaki bin Abdul Malik (UMNO) :



Tidak menyeluruh terutama bagi masyarakat luar bandar.


Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork):
2%
2 / 10 menyumbang kepada 10 % daripada jumlah markah
National Cancer Society Malaysia (NCSM):
0%
0 / 10 menyumbang kepada 10 % daripada jumlah markah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM):
1%
1 / 10 menyumbang kepada 10 % daripada jumlah markah
Pihak yang berkenaan - memberi tindak balas tetapi sudah mencukupi: Persatuan Terapi Bantuan Haiwan Untuk Warga Kurang Upaya Dan Warga Emas (PETPOSITIVE) - Disabled are not usually being contacted by any campaign.
Komen KUASA:

Kerajaan negeri  dan pembangkang  memberi skor pertengahan  tetapi pihak pembangkang  menyatakan bahawa perlaksanaan program masih tidak menyeluruh terutama bagi masyarakat luar bandar. Namun pihak-pihak berkepentingan yang terlibat iaitu Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) seolah-olah tidak mengetahui  mengenai program saringan percuma ini. Sama ada program ini adalah terhad dan tidak diketahui oleh mereka atau kerajaan negeri tidak memperluaskan penglibatan kepada pihak  awam. Pihak exco yang bertanggungjawab iaitu Dr Daroyah Alwi seorang pengamal perubatan namun kurang melibatkan diri dengan masyarakat, terutama pesakit dan keluarga mereka.