Merealisasikan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah

Penilaian Keseluruhan Janji: 100 %
Gambar: Merealisasikan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah
Kategori: Pendidikan
Janji Penuh: Menaik taraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah kepada universiti awam, Universiti Sultan Azlan Shah
EXCO: YB Dr. Muhammad Amin Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Komen KUASA:

Setelah tiga tahun pihak KUASA merujuk kepada pihak kerajaan negeri, pentadbir kolej dan juga pihak-pihak akar umbi yang selalunya tidak tahu tentang inisiatif, perkembangan terbaru mengubah keseluruhan dinamik isu ini. Dengan adanya pilihanraya kecil di Kuala Kangsar, calon Barisan Nasional menyatakan pada 8 Jun yang salah satu daripada lima janjinya adalah janji ini dan dalam masa 48 jam perdana menteri memaklumkan (10 Jun 2016) yang KUISAS akan menjadi universiti awam serta merta. Pihak KUASA menyoal kaedah penentuan dan knee-jerk yang dipraktikan dan lebih-lebih lagi ingin tahu bagaimana calon parlimen boleh mengulang semula janji negeri dan adakah ini bermakna yang calon bukan negeri yang merealisasikan janji ini?